Umpan undi melalui aktiviti kerajaan dikira isu hujah mahkamah - Utusan Malaysia

Umpan undi melalui aktiviti kerajaan dikira isu hujah mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Menteri yang mengambil kesempatan dengan menganjurkan program pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih bagi mengumpan undi boleh dikemukakan sebagai isu hujah dalam petisyen mahkamah pilihan raya.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun berkata, orang ramai perlu faham bahawa aktiviti kerajaan kini berjalan seperti biasa memandangkan Parlimen atau DUN kini masih belum dibubarkan.

“Secara amnya, sebarang aktiviti kerajaan tidak melanggar peraturan pilhan raya. Jika mereka menggunakan aktiviti kerajaan untuk mengumpan undi ia sudah menjadi satu isu.

“Oleh itu, pihak kerajaan mesti menjelaskan bahawa aktiviti mereka itu bukan untuk mengumpan undi jika isu ini dibawa ke muka pengadilan,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis lapor diri tiga Ahli SPR yang baharu di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan segelintir menteri yang giat menjalankan aktiviti kementerian masing-masing sempena PRK DUN Semenyih. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN