RON97 dan RON95 naik satu sen, diesel kekal - Utusan Malaysia

RON97 dan RON95 naik satu sen, diesel kekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 15 Feb.- Harga runcit petrol RON97 dan RON95 masing-masing naik sebanyak satu sen seliter berkuat kuasa tengah malam ini sehingga 22 Februari ini.

Sehubungan itu, Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan, harga RON97 naik daripada RM2.27 kepada RM2.28 seliter manakala RON95 pula iaitu RM1.97 kepada RM1.98 seliter.

Menurut kenyataan itu lagi, harga runcit diesel kekal pada paras RM2.18 seliter.

“Harga purata produk petroleum yang diproses di pasaran dunia telah meningkat berbanding minggu sebelumnya iaitu daripada AS$62 (RM253.25) setong kepada AS$63 (RM257.33) setong bagi petrol RON95 dan daripada AS$73 (RM298.18) setong kepada AS$74 (RM302.26) setong bagi diesel.

“Peningkatan harga pasaran global ini telah menyebabkan kenaikan harga runcit bagi produk petrol dan diesel. Namun harga runcit petrol RON95 masih lagi di bawah paras penstabilan harga yang dijanjikan oleh kerajaan iaitu RM2.20 seliter,” kata kenyataan itu, di sini hari ini.

Tambah kenyataan sama lagi, bagi produk diesel, peningkatan harga pasaran menyebabkan harga runcit produk itu sepatutnya naik sebanyak satu sen seliter berdasarkan pengiraan di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM) sekali gus menjadikan harga pasaran sebenar sebanyak RM2.20 seliter.

“Kenaikan minima bagi kedua-dua produk ini juga didorong oleh faktor pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat .

“Walau bagaimanapun, selaras dengan janji kerajaan untuk menstabilkan harga runcit diesel pada paras RM2.18 seliter, harga runcit diesel bagi tempoh 16 Februari sehingga 22 Februari ini adalah dikekalkan pada paras RM2.18 seliter dan bukannya RM2.20 seliter,” jelas kenyataan itu. – UTUSAN ONLINE

Kenyataan
 
Kenyataan
 
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN