Mekanik maut motosikal rempuh lori tangki - Utusan Malaysia

Mekanik maut motosikal rempuh lori tangki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI 15 Feb. – Seorang mekanik maut apabila motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah lori tangki dalam kejadian kemalangan di Kilometer 4.8 Lebuhraya Link Kedua arah selatan di sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian pada pukul 2.16 pagi itu, mangsa, Mohamad Norerwan Hakeem Mohd. Hafiza, 18, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas cedera parah pada kepala dan anggota badan.

Difahamkan, ketika kejadian remaja itu dikatakan menunggang motosikal seorang diri secara laju bersama-sama beberapa lagi rakannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, mangsa cuba memotong lori tangki yang berada di lorong tengah laluan tiga lorong dari kiri ke laluan kanan lebuh raya terbabit.

“Namun mangsa dipercayai gagal mengawal motosikalnya lalu terbabas memasuki laluan lori tangki berkenaan.

“Pemandu lori berusia 38 tahun tidak sempat membrek lalu merempuh mangsa sehingga terseret ke penghadang lebuh raya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×