Laluan jejantas motosikal dari Jalan Railway 1/2 dibuka semula - Utusan Malaysia

Laluan jejantas motosikal dari Jalan Railway 1/2 dibuka semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Feb. – Laluan jejantas lama motosikal dari Jalan Railway 1/2 hingga Jalan PJS 1/26 dibuka bermula 19 Februari ini kepada penunggang motosikal.

MAJLIS Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). – GAMBAR: UTUSAN ONLINE

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dalam satu kenyataan memaklumkan. pembukaan laluan jejantas itu adalah untuk memudahkan penunggang motosikal dari Petaling Jaya Selatan (PJS) dan pusat bandar.

“Jejantas itu digunakan sebagai laluan alternatif untuk ke destinasi tertentu berbanding menggunakan laluan Lebuhraya Baru Pantai menghala Jalan Templer.

“Jejantas lama itu telah ditutup sejak 7 Januari hingga 18 Februari ini bagi tujuan kerja-kerja penyambungan jejantas lama dan baharu serta memasang struktur rasuk jejantas. Bagaimanapun, pembukaan laluan jejantas baharu akan diumum kelak,” katanya.

Sebarang pertanyaan dan maklum balas boleh menghubungi Bahagian Aset dan Infrastruktur, Jabatan Kejuruteraan MBPJ di talian 03-79584221. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN