Dua beranak buat laporan palsu diragut dua lelaki didakwa - Utusan Malaysia

Dua beranak buat laporan palsu diragut dua lelaki didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Seorang remaja perempuan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membuat laporan polis palsu mengatakan dia diragut dua lelaki pada bulan lalu.

Tertuduh, S. Pavithra, yang genap umur 18 tahun pada hari ini, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nurul Hafizah Mohammad Pauzi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membuat laporan palsu kepada seorang pegawai kanan polis bahawa dia diragut dua lelaki iaitu C. C. Kenesan, 52, dan R. Nithyanand, 39, sehingga menyebabkan kedua-dua lelaki tersebut ditangkap polis.

Laporan palsu tersebut dibuat tertuduh di Balai Polis Bercham di sini pada pukul 3.53 petang 19 Januari lalu.

Ibu tertuduh, S. Mahalakshmy, 41, juga mengaku tidak bersalah atas dakwaan memberikan keterangan saksi palsu dengan menyatakan melihat kejadian ragut tersebut kepada pegawai sama di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) pada pukul 7.24 malam hari sama.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN