197 pegawai dan anggota PDRM dilantik jadi kaunselor - Utusan Malaysia

197 pegawai dan anggota PDRM dilantik jadi kaunselor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Feb. – Seramai 197 pegawai dan anggota polis dilantik menjadi kaunselor bagi membantu menyelesaikan sebarang masalah terutamanya berkaitan tekanan kerja.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, daripada jumlah keseluruhan tersebut, seramai 70 pegawai dan anggota sudah berdaftar di bawah Lembaga Kaunselor Malaysia.

“Tugas mereka ialah untuk memberi khidmat nasihat kepada anggota dan pegawai yang memerlukan menerusi sesi penerangan dan perjumpaan.

“Diharapkan dengan wujudnya sesi kaunseling ini, anggota dan pegawai dapat berkhidmat dengan lebih baik kepada masyarakat,” katanya katanya dalam sidang akhbar selepas majlis penutup Kolokium Kaunselor PDRM di Maktab PDRM, di sini hari ini.

Menurut Noor Rashid, kewujudan program ini sebenarnya tidak menggambarkan bahawa anggota dan pegawai polis yang bertugas sekarang majoritinya berada dalam keadaan tertekan.

Jelasnya, sehingga kini kadar tekanan kerja melibatkan pegawai dan anggota polis tidak menunjukkan sebarang peningkatan dan pendekatan kaunseling yang diambil adalah untuk menambah motivasi kerja mereka. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN