KUANTAN 19 Jan. – Skuad Tok Gajah dijangka melengkapkan senarai pemainnya musim ini pada minggu depan terutama membabitkan dua kekosongan bagi pemain import. Selain penampilan semula bekas penyerang skuad itu pada 2014 dan 2015, Dickson Nwakaeme, Pahang juga menerima kehadiran penyerang dari Brazil, Jose Eduardo atau lebih dikenali sebagai Ze Love. Pengurus pasukan Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, Nwakaeme yang terkenal jolokan ‘orang besi’ telah turun menjalani latihan bersama…










