LONDON 1 Jan.- Seorang wanita mengalami cedera parah dalam insiden tembakan yang berlaku pada malam sambutan tahun baharu, di sebuah kelab malam di sini. Portal Mirror melaporkan, polis bergegas ke tempat kejadian berdekatan simpang Dalston, selepas menerima laporan berkenaan insiden terbabit sekitar pukul lima pagi waktu tempatan. Mangsa, berumur lingkungan 20-an, cedera di bahagian kaki setelah terkena tembakan yang dilepaskan seorang lelaki tidak dikenali. Sementara itu, salah seorang anggota polis…










