[VIDEO] 2 lelaki aktif pecah tabung masjid ditahan polis - Utusan Malaysia

[VIDEO] 2 lelaki aktif pecah tabung masjid ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS 10 Jan. – Dua lelaki menerima padah daripada perbuatan tidak bertanggungjawab mereka memecah tabung surau sekitar daerah Seberang Perai Utara (SPU) di sini selepas ditahan polis awal pagi tadi.

Kedua-dua suspek yang berusia 22 dan 30 tahun di tahan polis ibu pejabat daerah SPU di dua lokasi berbeza di Sungai Petani, Kedah kira-kira pukul 3 pagi.

Menurut Ketua Polis SPU, Assiten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor, mereka diburu selepas dikesan cuba memecah tabung di sebuah masjid di Pinang Tunggal di sini pada 23 Oktober tahun lalu.

Tambahnya, perbuatan mereka itu dirakam sistem kamera litar tertutup (CCTV) masjid berkenaan dan turut menjadi tular di media sosial.

Kata beliau, percubaan memecah tabung itu bagaimanapun gagal namun pihak pengurusan masjid mendapati pintu kaca masjid berkenaan telah dipecahkan.

“Hasil siasatan, kedua-dua suspek mengaku terlibat dalam kejadian itu selain turut memecah tabung di beberapa surau dan masjid di daerah SPU,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Noorzainy, ujian saringan air kencing ke atas suspek mendapati salah seorang mereka positif syabu selain kedua-duanya mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Katanya, kedua-dua suspek juga direman pagi ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 453 dan 457 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×