KUALA LUMPUR 18 Jan. – Usaha mengesan mualaf, Muhammad Riduan Abdullah yang didakwa gagal menyerahkan anak perempuannya kepada bekas isteri, M. Indira Gandhi masih diteruskan sejak 30 Mei 2014. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Najmuddin Mohd berkata, meskipun pihaknya telah membuat kenyataan media untuk mendapatkan kerjasama orang ramai mahupun Muhammad Riduan untuk tampil, namun usaha itu masih gagal. Ujarnya, sehubungan itu, pihak polis telah memaklumkan kepada…










