Tiga penunggang motosikal ditahan, disyaki miliki dadah - Utusan Malaysia

Tiga penunggang motosikal ditahan, disyaki miliki dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN – Tiga penunggang motosikal ditahan polis kerana disyaki memiliki dadah dalam Ops. Bersepadu Ambang Tahun Baru 2019 yang diadakan di sekitar daerah ini hari ini.

Mereka merupakan antara tujuh individu dalam lingkungan umur yang ditahan atas pelbagai kesalahan dalam operasi bersepadu yang diadakan selama lima jam sehingga pukul 3 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd. Said Ibrahim berkata, ketiga-tiga suspek berkenaan masing-masing ditahan kerana disyaki memiliki dadah jenis pil yaba dan serbuk putih dipercayai heroin.

“Mereka ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Tiga penunggang motosikal lain turut ditahan kerana merupakan individu diburu untuk membantu siasatan kes berkaitan dadah.

“Seorang pengguna jalan raya lain pula diberkas kerana didapati sedang menunggang sebuah motosikal Honda EX yang dilaporkan dicuri pada tahun  2016,” katanya kepada Kosmo! Online di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN