LONDON 18 Jan. – Selepas Roberto Firmino, Mohamed Salah, Sadio Mane dan Joe Gomez kini giliran Andy Robertson menandatangani kontrak baharu bersama Liverpool sehingga 2024. Kapten Scotland itu adalah antara tonggak skuad Liverpool yang ketika ini berada di tangga teratas Liga Perdana Inggeris. “Ia kontrak yang mudah bagi saya dan saya pasti untuk kelab juga. “Kami mencapai persetujuan dengan cepat sekali kerana saya mahu kekal di sini begitu juga kelab…










