LONDON 18 Jan. – Suami kepada Ratu Elizabeth iaitu Putera Philip terlibat dalam kemalangan apabila kenderaan yang dipandunya hilang kawalan menyebabkan dua orang cedera semalam.
Philip bagaimanapun dilaporkan tidak cedera dalam kemalangan tersebut.
Menurut polis, kemalangan itu berlaku di berhampiran Estet Sandringham. – AFP










