PORT DICKSON 1 Jan. – Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) telah mengeluarkan kompaun RM2,500 kepada penganjur program sambutan tahun baharu, Neon Countdown 2019, yang dibuat di Lukut dekat sini malam tadi. Yang Dipertuanya, Mohd. Zamri Mohd. Esa berkata, penganjur yang beralamat di Subang itu dikenakan kompaun di bawah Seksyen 56(1) iaitu menganjurkan pesta tanpa permit yang sah dari MPPD. Terdahulu, Mohd Zamri berkata pihaknya tidak mengeluarkan sebarang kelulusan bagi penganjuran…










