MELAKA 8 Jan. – Polis menahan seorang lelaki dipercayai penagih dadah bagi membantu siasatan kes kecurian beg tangan seorang wanita yang sedang menunaikan solat Isyak di sebuah masjid di Bukit Baru di sini pada Jumaat lalu. Suspek berusia 23 tahun ditahan di Kampung Bukit Lintang kira-kira pukul 2.30 pagi semalam bersama barangan yang dicuri. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, mangsa yang merupakan seorang juru ukur…










