KUALA LUMPUR 18 Jan. – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menjadi ‘cikgu’ kelas Pengetahuan Am menyekolahkan pengkritik kononnya beliau baru berjumpa masyarakat Orang Asli di Cameron Highlands dan menolong pribumi asal Malaysia itu. Najib berkata, beliau merupakan individu yang meluluskan bajet membantu masyarakat Orang Asli untuk membina semula perkampungan mereka di Sungai Ruil, Cameron Highlands yang dilanda musibah tanah runtuh pada tahun 2011. Dalam kejadian…










