Mangsa banjir di dua pusat pemindahan berkurangan setakat 8 malam - Utusan Malaysia

Mangsa banjir di dua pusat pemindahan berkurangan setakat 8 malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING – Mangsa banjir daripada lapan keluarga di daerah Kuching yang ditempatkan di dua pusat pemindahan berkurangan kepada 36 orang setakat pukul 8 malam ini berbanding 41 pada sebelah petang.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan di sini berkata, 30 orang daripada tujuh keluarga terjejas ditempatkan di Dewan Sinaran Kampung Lumut.

Manakala enam orang daripada satu keluarga ditempatkan di Surau Ar Rahman di Kampung Sungai Batu di sini, katanya.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, status air ketika ini berlaku limpahan air hujan dan air bertakung akibat masalah tali air dan pertembungan air pasang.

“Kebanyakan kawasan jalan dan laluan masuk ke rumah ditenggelami air. Keadaan air statik,” katanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×