KUALA TERENGGANU 1 Jan.- Lebih banyak papan tanda amaran akan diletakkan di kawasan berisiko berlaku kejadian lemas di seluruh Terengganu bagi mengelak tragedi sedemikian berulang pada masa akan datang. Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata suasana laut, air terjun dan sungai di negeri Terengganu agak berbeza mengikut waktu di mana ia berbahaya pada musim tengkujuh. “Papan tanda di tempat yang berisiko ini sangat perlu diperbanyakkan kerana ia dapat membantu…










