KUALA LUMPUR 18 Jan. – Pejabat Peguam Negara perlu segera menjelaskan kedudukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwa hanya mempunyai seorang ahli iaitu Pengerusinya pada ketika ini. Menurut aktivis politik, Rahmad Isahak, perkara tersebut penting kerana keputusan suruhanjaya tersebut tentang mana-mana pilihan raya kecil (PRK) boleh dipertikaikan sekiranya statusnya masih dalam keadaan meragukan. “Pejabat Peguam Negara diminta segera memberikan penjelasan atas tafsiran Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan mengenai status kedudukan Ahli…










