BERTUKAR kerjaya daripada pereka hiasan dalaman kepada perniagaan buah tin tidak menghalang Jamaliah Osman,55, untuk terus mengembangkan perniagaannya. Minatnya yang mendalam terhadap perusahaan buah tin mendapat sokongan suami, Ridzuan Abdullah,55. Justeru, pasangan suami isteri ini mula mengusahakan perusahaan tersebut di bawah syarikat Figs Fiesta Sdn. Bhd. sejak 2014. Berpegang pada prinsip setiap rezeki datang dengan izin Allah, mereka berjaya membuka ladang buah tin seluas 0.4 hektar di Sungai Buloh, Selangor.…










