SHAH ALAM, 18 Jan. – Pengurusan kes inkues bagi menentukan punca kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd. Kassim akan didengar di Mahkamah Sesyen di sini hari ini. Prosiding inkues itu akan dijalankan di hadapan Hakim Rofiah Mohamad yang bersidang sebagai Koroner kira-kira 9 pagi. Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, hanya tiga wakil media iaitu dari Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), The Star dan akhbar Sin Chiew Daily dibenarkan…










