KOTA BHARU 1 Jan. – Proses mendapat visa Arab Saudi yang agak sukar menyebabkan kumpulan penunggang ‘Gi Mekoh Nga Mutor’ masih tersangkut di kotaraya Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sejak beberapa hari lalu meskipun sudah masuk hari ke 60 misi mereka. Ketua kumpulan, Diami Yusoff, 60, berkata, buat masa ini mereka masih lagi menunggu berita daripada pejabat Kedutaan Arab Saudi di Malaysia untuk mengetahui kata putus kelulusan visa. Diami berkata,…










