Festival Lampu 2018 catat 1.2 juta pengunjung - Utusan Malaysia

Festival Lampu 2018 catat 1.2 juta pengunjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 1 Jan. – Penganjuran Festival Light and Motion Putrajaya (Lampu) 2018 di Dataran Putrajaya yang berlangsung selama empat hari bermula 28 Disember lalu telah berjaya mencatat kehadiran kira-kira 1.2 juta pengunjung.

Jumlah itu melebihi jangkaan ditetapkan Perbadanan Putrajaya (PPj) yang menyasarkan kehadiran sejuta pengunjung dalam acara tahunan itu.

Lampu 2018 yang memasuki edisi keenam penganjurannya telah menampilkan kelainan berbanding sebelum ini dengan paparan empat segmen persembahan selama 40 minit dengan setiap daripadanya mempunyai dimensi tersendiri.

Malah kehadiran Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali pada Malam Ambang Tahun Baharu 2019 Putrajaya yang diadakan bersempena festival itu telah menyerikan salah satu acara kalendar pelancongan Putrajaya berkenaan.

Ketika sambutan Malam Ambang Tahun Baharu 2019 semalam, orang ramai telah dipersembahkan dengan pertunjukan bunga api secara langsung dan pertunjukan bunga api digital.

Lampu 2018 yang kali ini bertemakan ‘Warna-Warni Putrajaya’ juga diserikan dengan program sampingan seperti pertandingan E-Games, wayang kulit, beca Putrajaya dan persembahan jalanan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN