KUALA LUMPUR 3 Jan. – Beberapa penganalisis berpendapat ekonomi Malaysia dijangka perlahan pada separuh pertama tahun ini sebelum menunjukkan tanda-tanda pemulihan menjelang separuh kedua 2019. Malah, mereka turut menyemak semula pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kepada sekitar 4.5 hingga 4.8 peratus. Bagi 2018 pula, ia diunjur berkembang antara 4.7 peratus hingga 4.9 peratus. Kenanga Investment Bank Bhd. menjangkakan trend permintaan global terus menurun pada 2019 dan keadaan itu mungkin…










