Cabaran Bird Box berbahaya- polis Utah - Utusan Malaysia

Cabaran Bird Box berbahaya- polis Utah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK 12 Jan. – Polis negeri Utah, Amerika Syarikat (AS) mengambil langkah memberi amaran kepada penduduk tempatan agar tidak memandu sambil menutup mata selepas satu cabaran atas talian diilhamkan daripada filem Bird Box telah menyebabkan berlakunya kemalangan.

Lapor BBC, terdahulu, seorang remaja perempuan yang menutup matanya dengan topi, memandu secara berbahaya di bandar Layton ketika ‘mengambil bahagian’ dalam ‘Cabaran Bird Box’.

“Ini adalah satu perkara yang tidak boleh diterima apabila melakukan sesuatu yang berbahaya, bukan sahaja kepada diri anda tetapi pengguna jalan raya lain,” ujar Leftenan Travis Lyman seperti dipetik oleh KSL.com.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×