Anak menteri ditahan positif ganja - Utusan Malaysia

Anak menteri ditahan positif ganja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Anak kepada seorang menteri ditahan kerana positif dadah di sebuah pusat hiburan di Jalan Ampang di sini malam tadi.

Lelaki berusia 31 tahun itu ditahan dalam Ops Pusat Hiburan Bersepadu kira-kira pukul 12.30 tengah malam.

Satu sumber berkata, dalam serbuan berkenaan, seramai 101 individu telah diperiksa membabitkan 55 wanita dan 46 lelaki. 

“Hasil pemeriksaan itu, dua lelaki berusia 33 dan 31 tahun telah ditahan selepas didapati positif dadah jenis ganja.

“Salah seorang daripada yang ditahan merupakan anak kepada seorang menteri,” katanya kepada Kosmo! Online.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Yaacob ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN