Zuraida dipuji melambung - Utusan Malaysia

Zuraida dipuji melambung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Dis. – Para menteri di negara ini diminta mencontohi cara kerja Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin yang dilihat rajin bekerja dan meneruskan agenda-agenda pembangunan rakyat.

Datuk Halimah Mohamed Sadique (BN-Kota Tinggi) berkata, selain meneruskan agenda-agenda kerajaan terdahulu, Zuraida juga banyak mencadangkan perkara-perkara baharu.

“Saya minta maaf kepada menteri yang lain. Ini memang menteri yang bekerja. Jadi saya terpaksa ucap tahniah kepada menteri yang tahu buat kerja dengan baik.

“Saya ucap tahniah kepada menteri kerana tetap meneruskan agenda rakyat. Meneruskan kesinambungan apa yang telah dilakukan oleh menteri terdahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu membahaskan usul Rang Undang-Undang Perbekalan 2019 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN