Waran tangkap kedua buat Jho Low - Utusan Malaysia

Waran tangkap kedua buat Jho Low

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Dis. – Mahkamah Majistret di sini hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap ahli perniagaan yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Low Taek Jho atau Jho Low dan empat individu lain termasuk seorang wanita.

Ini merupakan kali kedua waran tangkap dikeluarkan oleh mahkamah secara ‘in absentia’ iaitu tanpa ketidakhadiran tertuduh terhadap Jho Low de­ngan kali pertama adalah pada 24 Ogos lalu oleh Mahkamah Majistret Putrajaya.

Difahamkan, waran tangkap tersebut adalah bagi membantu siasatan berhubung tuduhan pengubahan wang haram membabitkan skandal syarikat pelaburan tersebut.

Selain Jho Low, empat individu lain dipercayai adalah bekas peguam 1MDB, Jasmine Loo Ai Swan, 45, bekas pengarah eksekutif syarikat terbabit, Casey Tang Keng Chee, 53, dua bekas pegawai 1MDB, Geh Choh Heng, 47, dan Eric Tan Kim Loong, 40, yang merupakan rakan kepada ahli perniagaan itu.

Menurut carian di laman sesawang sistem kehakiman mahkamah, kes kesemua individu yang dipercayai menghadapi beberapa pertuduhan berkaitan Akta Pencegahan Pe­­ngubahan Wang Haram (AMLA) telah difailkan di empat Mahkamah Sesyen berlainan.

Pada 24 Ogos lalu, pihak polis memfailkan lapan pertuduhan pengubahan wang haram terhadap Jho Low dan bapanya, Tan Sri Larry Low Hock Peng, yang dikaitkan dengan skandal 1MDB.

Menerusi laporan portal be­rita, The Edge, Jho Low berdepan lima pendakwaan pengubahan wang haram berjumlah RM5.37 bilion. Dia turut menghadapi pertuduhan bersama-sama Kim Loong membabitkan dana berjumlah RM520.5 juta.

Keng Chee, Choh Heng dan Ai Swan pula menghadapi pertuduhan di bawah AMLA dan pecah amanah membabitkan dana yang tidak dinyatakan jumlahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN