Usaha melahirkan pemimpin ASEAN yang optimis terhadap masa depan dunia terletak atas usaha kerajaan negara terlibat yang menyedari kepentingan bakat serta potensi kepimpinan golongan mudanya. Pembangunan bakat ini terletak pada kualiti generasi muda yang bakal menerajui kepimpinan negara, penggunaan teknologi, pembaharuan global serta kepentingan geopolitik. Usaha membina kualiti kepemimpinan generasi muda khususnya belia dan remaja adalah penting. Mereka merupakan aset yang bakal mengisi keperluan kepimpinan negara bagi tujuan kelangsungan pembangunan…










