KUALA LUMPUR 4 Dis. – Polis menunda proses merakam keterangan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Dr. Ibrahim Ali yang sepatutnya dibuat pukul 3 petang tadi.
Perkara itu disahkan sendiri Ibrahim dan tarikh baharu akan dimaklumkan kemudian oleh pihak keselamatan.
“Sebenarnya lima pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi sudah hadir ke pejabat Perkasa tepat pukul 3 tadi tetapi mereka kemudian diminta menangguhkan dahulu proses merakam keterangan ini ke tarikh lain tanpa diketahui sebabnya.
“Di pihak Perkasa, saya bersama empat lagi kepimpinan tertinggi yang turut sama berucap pada Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) Perkasa Ahad lalu sudah bersedia untuk memberi kerjasama penuh,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE










