SHAH ALAM – Mana-mana pihak boleh mengemukakan cadangan masing-masing bagi menyelesaikan isu perpindahan Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya dekat sini, namun penyelesaian itu harus bersifat mempertahankan prinsip kedaulatan undang-undang. Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, sebagai ‘orang tengah’, kerajaan negeri akan mencari penyelesaian terbaik terhadap isu tersebut dan memastikan semua pihak terlibat berpuas hati dengan keputusan yang bakal dicapai minggu depan. “Saya harap pihak terlibat bersabar…










