Penipuan telekomunikasi : 282 dijatuhkan hukuman - Utusan Malaysia

Penipuan telekomunikasi : 282 dijatuhkan hukuman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHANGCHUN 4 Dis. – Mahkamah di timur laut China menjatuhkan hukuman penjara terhadap 282 individu kerana terbabit dalam penipuan telekomunikasi membabitkan 153 juta Yuan (RM92.65 juta), hari ini.

Mahkamah Perantaraan Rakyat di bandar Baishan, Wilayah Jilin menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada dua orang kena tuduh (OKT) yang dipercayai menjadi dalang utama sindiket itu sementara baki 280 lagi dihukum dipenjara antara enam bulan dan 15 tahun.

Kumpulan yang beroperasi di selatan China, wilayah Guangdong, Indonesia dan Fiji itu dikatakan bergerak aktif sejak Mac 2016 sebelum ditumpaskan oleh pasukan polis pada tahun lalu.

Penahanan 282 individu itu disifatkan sebagai sindiket telekomunikasi terbesar di China setakat ini.

Menurut agensi berita Xinhua, sindiket itu dikatakan mempedaya mangsa dengan menghantar mesej dalam talian untuk membeli tiket loteri.

Habis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN