KUALA LUMPUR 4 Dis. – Tahap keyakinan orang ramai terhadap pasukan polis masih tinggi menerusi maklumat kegiatan jenayah yang diperolehi daripada surat serta Aplikasi Sistem Volunteer Smartphone Patrol (VSP).
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, beliau sendiri banyak menerima surat tanpa alamat pengirim bagi menyalurkan maklumat mengenai kejadian yang membabitkan jenayah.
“Banyak surat dan VSP yang mengandungi maklumat secara tepat mengenai kegiatan perjudian, gadis pelayan pelanggan (GRO) di kelab malam selain kes pecah rumah.
“Walaupun ada juga surat yang tidak disertakan dengan alamat pengirim serta kejadian berlaku di negeri lain, maklumat diperolehi adalah sah sekaligus membuktikan keyakinan orang ramai terhadap polis adalah tinggi,” katanya dalam sidang akhbar di Program Kepolisan Berprofil Tinggi di sebuah pusat beli belah di Kepong, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE










