Ketua penyelidik, Dr. Azree Shahrel Ahmad Nazri berkata, teknologi yang dimaksudkan ialah sistem perakam video digital yang dinamakan Fitrah. “Fitrah menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi mengenal pasti aktiviti jenayah sebagai langkah awal sebelum berlakunya sebarang aktiviti salah itu. “Ia berasaskan teknologi pengecaman manusia Deep Learning, penghasilan strategi antijenayah (Game Theory) dan pengecaman aktiviti jenayah (Bayesian Network). “Ketiga-tiga gabungan asas teknologi tersebut digunakan bagi meramal atau mengesan strategi penjenayah,” katanya…










