SEREMBAN – Dua maut dalam kemalangan yang membabitkan empat kenderaan di Kilometer (KM) 255.1 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Pedas-Linggi dalam kejadian pada pukul 1.54 tengah hari tadi. Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Anuar Bakri Abdul Salam dalam satu kenyataan berkata, yang maut dalam kejadian itu dikenali sebagai Mohd Azzarnuddien Abdullah, 41, dan Sharifah Hawa Syed Mokhtar, 55, masing-masing daripada kenderaan berasingan. “Siasatan awal mendapati Proton Wira…










