LANGKAH pertamanya menyelusuri industri seni suatu ketika dahulu seakan kelam sehingga ada yang mengatakan dia tidak akan berjaya mewarnai dunia muzik tempatan dengan karya-karyanya. Sedekad berusaha mendaki puncak seni, dia berjaya mematahkan fikiran dangkal segelintir pihak yang pernah meletakkan dia di bawah. Dia membuktikan cita-citanya lebih besar daripada persepsi nakal orang lain. Namun, cukup setakat itu dia akhirnya nekad meletakkan noktah mengakhiri kerjayanya sebagai penyanyi. Tanggal 27 November lepas tercatat…










