KUALA LUMPUR 4 Dis. – Kemudahan tempat letak kenderaan memainkan peranan yang cukup penting dalam pengurusan dan kelancaran fungsi sesebuah bandar. Penyediaan ruang parkir secara bersistematik dan keupayaan menampung keperluan penduduk menjadi salah satu penentu kelancaran aliran trafik khususnya di kawasan kediaman penduduk. Namun penyediaan ruang parkir secara berlebihan juga dikatakan menjadi punca ramai warga kota memilih untuk memandu kenderaan sendiri ke tempat kerja yang secara tidak langsung menyebabkan kesesakan…










