Askar bertudung Filipina diperluas - Utusan Malaysia

Askar bertudung Filipina diperluas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA 18 Dis. – Filipina akan menempatkan tentera wanita bertudung ke kawasan majoriti penduduk beragama Islam di negara ini dalam inisiatif besar-besaran memerangi keganasan.

Arab News melaporkan, askar berhijab tersebut akan memberikan sokongan pen­ting kepada komuniti yang me­ngalami trauma disebabkan peperangan.

Jurucakap tentera Filipina, Kolonel Romeo Brawner Jr. berkata, askar tersebut telah dilatih dalam mencegah dan membanteras fahaman pelampau.

“Oleh kerana kejayaan mereka di Marawi, kita percaya bahawa mereka juga akan berkesan di tempat lain.

“Mereka akan menyediakan perkhidmatan kebudayaan dan psikososial di penempatan bandar di samping membantu mengekalkan keamanan dan keselamatan di bandar-bandar,” katanya, semalam.

Selain Marawi, askar wanita bertudung akan di tempatkan di bandar-bandar antaranya, Caloocan, Malabon, Navotas dan Valenzuela serta Kampung Maharlika.

Minggu lalu, tentera Filipina mengadakan majlis khas menghargai sumbangan askar berhijab dalam proses pemulihan Marawi.

Unit pasukan itu terdiri daripada empat orang pegawai dan 56 anggotadianugerahkan Pingat Merit Ketenteraan atas perkhidmatan mereka di Marawi pada 2017.

Penglibatan utama askar wanita bertudung adalah memberikan sokongan kepada kerajaan tempatan dan agensi lain dalam membantu mereka yang terjejas semasa pertempuran antara tentera Filipina dengan kumpulan militan Maute.

Mereka juga menumpukan kepada pendidikan keamanan dan membantu dalam psikososial terutama kanak-kanak serta anak muda yang trauma akibat perang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN