APMM tahan kapal korek pasir Republik Palau - Utusan Malaysia

APMM tahan kapal korek pasir Republik Palau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah kapal korek dipercayai milik sebuah syarikat asing ketika sedang melakukan kegiatan mencuri pasir di barat daya muara Sungai Ayer Hitam di sini semalam.

Kapal yang didaftarkan di Republik Palau itu ditahan pada jarak 2.4 batu nautika dari muara terbabit kira-kira pukul 11.15 pagi.

Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata, kapal berkenaan ditahan selepas menerima maklumat terdapat sebuah kapal korek pasir yang mencurigakan di perairan terbabit semasa melakukan Op Ehsan.

“Hasil pemeriksaan mendapati kapal korek pasir tersebut beroperasi tanpa kebenaran oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian serta Ketua Pengarah Jabatan Laut.

“Kita turut menahan lima kru kapal warga China berumur 33 hingga 55 tahun bagi membantu siasatan,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Kes kini disiasat mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar 1952. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN