IPOH 4 Dis. – Exco kerajaan negeri, Dr. Abdul Aziz Bari menafikan tuduhan kononnya beliau merupakan individu yang mahu menjatuhkan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. Menurutnya, tuduhan Ketua Pembangkang, Datuk Saarani Mohamad itu merupakan gimik murahan dan satu perkara yang tidak logik untuk dilaksanakan. Abdul Aziz sebaliknya mencabar Saarani supaya menunggu sehingga habis Persidangan Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang akan berakhir esok sama ada berlaku atau tidak usul…










