250 pelajar mendaftar di PSMZA - Utusan Malaysia

250 pelajar mendaftar di PSMZA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN 4 Dis. – Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) di sini menerima kemasukan 250 pelajar baharu bagi sesi Disember yang bermula semalam.

Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar PSMZA, Yaswadi Mat Yasim memberitahu, kalangan pelajar terpilih itu akan mengikuti sembilan program pengajian yang ditawarkan di peringkat diploma di samping satu bidang pra-diploma

Bagaimanapun, katanya, kemasukan pelajar baharu dijangka terus meningkat kepada lebih 300 orang sehingga program ‘walk in’ berakhir pada hujung bulan ini.

“Kesemua pelajar ditempatkan di asrama dalam kampus dan bermula hari ini, mereka akan menjalani program Minggu Transformasi Siswa sehingga Khamis ini.

“Proses pendaftaran semalam berjalan lancar walaupun hujan kerana persediaan rapi telah dilakukan bagi menyambut kedatangan pelajar baharu sesi Disember 2018,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN