Tawar tarikan siang dan malam - Utusan Malaysia

Tawar tarikan siang dan malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Nov. – Dibuka kepada orang awam bermula Mac lalu, 99 Wonderland Park yang terletak di Tasik Sri Murni, Jalan Ipoh di sini menjadi tarikan taman tema terbaharu di negara ini.

Dengan harga tiket serendah RM5 untuk kanak-kanak dan RM10 untuk orang dewasa, taman bercirikan mini zoo yang dihiasi pancaran lampu LED itu menyajikan pelbagai keunikan untuk menikmati pengunjung.

Pengurus 99 Wonderland Park, Fairul Iskandar Faizil De Zoue berkata, taman yang dibuka bermula pada pukul 9 pagi hingga pukul 11 malam itu menawarkan dua tarikan berbeza yang boleh dinikmati pada waktu siang dan malam.

“Pada siang hari pengunjung boleh menikmati tarikan memberi makan pelbagai spesies haiwan seperti burung, musang, kura-kura, arnab, angsa, burung unta dan banyak lagi.

“Tarikan waktu malam pula adalah pancaran cahaya daripada lampu LED yang memboleh­kan pengunjung menikmati suasana malam yang ceria dan romantik sambil melakukan aktiviti seperti menaiki bot mengelilingi tasik dan berkaraoke,’’ katanya kepada Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Tarikan utama lain di taman seluas sembilan hektar itu termasuk paparan LED di Sky Fountain dan Golden Waterfall dan replika dinosaur gergasi yang pasti menghiburkan pe­ngunjung terutama kanak-kanak.

Bagi mereka yang mempunyai kelapangan masa, kunjungan di 99 Wonderland Park pasti lebih bermakna dengan menaiki bot persiaran untuk melihat dengan lebih dekat Pulau Burung yang dibina sebagai habitat beberapa spesies burung bangau.

Tambah Fairul, taman yang terletak bersebelahan dengan Pasar Borong Selayang itu di­bangunkan di atas tapak sebuah kolam tadahan yang tidak terurus sebelum dinaik taraf oleh pihak pemaju hartanah, JL99 Group.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN