SUDAH tiba masanya persepsi negatif mengaitkan mat motor dengan kegiatan lumba haram dan aktiviti lain yang dianggap umum sebagai agresif, ganas, liar serta menakutkan diubah dalam mentaliti masyarakat hari ini. Hal ini kerana setiap perbuatan, nilai dan norma yang bertentangan dengan kehidupan masyarakat yang menjadi amalan segelintir mat motor tidak mencerminkan keseluruhan perbuatan penggemar aktiviti bermotosikal. Tidak dapat dinafikan terdapat banyak kumpulan individu bermotosikal yang sanggup mengorbankan masa cuti dan…









