SAUDARA PENGARANG,
SUDAH banyak kali kedengaran rungutan daripada penduduk bandar raya Shah Alam berhubung kelewatan pembukaan semula terminal bas yang terletak di Jalan Jenulung 17/21, Seksyen 17. Terminal itu diberi nama baharu iaitu Terminal 17.
Sebenarnya, terminal bas itu diubah suai sejak beberapa tahun yang lalu. Sementara itu, terminal bas sementara telah dibuka di Seksyen 13. Keadaan di situ agak sempit dan kurang selesa bagi para penumpang.
Namun, selepas tiga tahun diubah suai, Terminal 17 masih belum dibuka dan beroperasi walaupun bangunan nampaknya sudah siap.
Mohon pihak berwajib, mungkin Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dapat mempercepatkan pembukaan Terminal 17 untuk kemudahan orang ramai.
KAMARUDDIN HASSAN
Seksyen 8, Shah Alam










