Tabika rangkul anugerah peringkat kebangsaan - Utusan Malaysia

Tabika rangkul anugerah peringkat kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG 29 Okt. – Tabika Perpaduan Perumahan JPN Gua Musang mengharumkan nama negeri ini apabila muncul johan dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Tabika dan Taska Permata Perpaduan Pe­ringkat Kebangsaan, semalam.

Tabika itu berjaya mencipta kemenangan bagi kategori Pengurusan Kelas Tabika Perpaduan Terbaik manakala, Tabika Tendong, Pasir Mas muncul naib johan untuk ka­tegori Pengurusan Rekod Kelas Tabika Perpaduan Terbaik.

Pengarah Jabatan Perpa­duan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) negeri, Norwahidah Zinalibdin berkata, kejayaan tabika perpaduan negeri ini memenangi dua anugerah menjadi sumber inspirasi dan motivasi terbaik untuk meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah.

Beliau berkata, kejayaan itu adalah atas usaha pelbagai pihak termasuk ibu bapa yang menjadikan tabika ini sebagai pilihan nombor satu anak mereka belajar.

“Kami akan terus memacu kecemerlangan demi memartabatkan pendidikan prasekolah dengan mengetengahkan kelas tabika contoh di setiap daerah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Majlis penyampaian anugerah berkenaan disampaikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Md. Farid Md. Rafik di Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Sementara itu, guru Tabika Perpaduan JPN Gua Musang, Zuraini Abdul Rahman yang berbangga dengan pencapaian itu menyatakan, kejayaan berkenaan diraih hasil kerjasama semua pihak, terutama daripada ibu bapa murid-murid terlibat sendiri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN