Saya tidak guna jentera berkempen di PD - Wan Azizah - Utusan Malaysia

Saya tidak guna jentera berkempen di PD – Wan Azizah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menegaskan beliau tidak menggunakan jentera kerajaan ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, sebaliknya kehadiran beliau di sini adalah sebagai Presiden PKR.

Beliau berkata, polis yang mengiringi beliau sepanjang perjalanan ketika berkempen untuk Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga bukanlah diminta sebaliknya ia tanggungjawab pihak polis untuk menjaga keselamatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri. 

“Saya sedia maklum memang tidak boleh guna jentera kerajaan untuk berkempen, saya datang ke sini selaku Presiden PKR. 

“Yang lain-lain polis itu semua kerana jawatan saya. Kata mereka (polis) itu adalah tanggungjawab mereka ke atas saya,” katanya ketika berucap pada Program Temu Mesra bersama kira-kira 50 penduduk Kampung Pengkalan Durian, Linggi dekat sini, hari ini.

Sementara itu, dalam pertemuannya bersama komuniti Cina Air Kuning, Linggi pula, Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, memberi jaminan akan melihat semula bantuan ibu tunggal yang dipotong atau dihentikan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×