PM ucap tahniah kepada Mohamad Ridzuan, Abdul Latif - Utusan Malaysia

PM ucap tahniah kepada Mohamad Ridzuan, Abdul Latif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Okt. – Tun Dr. Mahathir Mohamad mengucapkan tahniah kepada dua jaguh negara, Mohamad Ridzuan Puzi dan Abdul Latif Romly selepas masing-masing mencipta rekod dunia baharu di Sukan Para Asia 2018 di Jakarta, hari ini.

Perdana Menteri turut mendoakan semoga lebih ramai atlet seperti dua jaguh berkenaan menempa kejayaan pada masa hadapan.

“Tahniah dan terima kasih kepada dua jaguh negara, Mohamad Ridzuan dan Abdul Latif yang berjaya memecah rekod dunia sekali lagi dalam acara masing-masing di Asian Para Games 2018.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Semoga atlet para kita menemui lebih banyak kejayaan selepas ini. #KamiLuarBiasa #MalaysiaBoleh,” katanya dalam status di Twitter, hari ini.

Mohamad Ridzuan menampilkan aksi cemerlang dengan catatan 11.87 saat mengatasi catatan 11.90s milik atlet Rusia, Evgenii Shvetsov dalam acara 100 meter T36 (cereberal palsy) untuk meraih pingat emas.

Abdul Latif pula mengekalkan penguasaan dalam acara lompat jauh T20 (masalah pembelajaran) selain berjaya melakukan lompatan sejauh 7.64 meter mengatasi catatan 7.60 meter yang dilakukannya di Sukan Paralimpik Rio, dua tahun lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini