MPK sudah alihkan lebih 60 tan batang pokok akibat ribut - Utusan Malaysia

MPK sudah alihkan lebih 60 tan batang pokok akibat ribut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Lebih 60 tan batang pokok berjaya dialihkan oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK) susulan kejadian ribut yang melanda di daerah ini semalam.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Persekitaran (JPP) MPK, Dawari Daud berkata, pengalihan pokok itu melibatkan 33 buah kawasan daripada 74 buah kawasan keseluruhannya. 

“Kita menjangkakan aktiviti pembersihan di semua kawasan akan dapat disiapkan pada Jumaat ini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Kosmo! Online turut difahamkan kerja-kerja pembersihan MPK itu juga meliputi menebang pokok-pokok yang berisiko tinggi untuk tumbang.

Mengulas lanjut, Dawari menjelaskan aktiviti pengurusan bencana pokok tumbang tersebut dilakukan oleh 98 anggota terdiri daripada JPP, Jabatan Taman dan Rekreasi dan skuad Pasukan Tindakan Segera (PANTAS). 

“Kita mengunakkan kekuatan 30 jentera dari MPK dan 12 lori dari Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) untuk mengangkat pokok serta dahan yang tumbang.

“Pihak kami mengutamakan pembersihan pokok yang menghalang laluan terlebih dahulu bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas,” katanya.

Kosmo! hari ini melaporkan hujan lebat disusuli angin ribut lebih sejam di sekitar daerah Klang kelmarin menyebabkan beberapa kediaman, premis perniagaan, bangunan awam dan kenderaan mengalami kerosakan.  -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×