KOTA BHARU 5 Okt. – Persaingan di antara Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli semakin sengit.
Selepas empat negeri iaitu Johor, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu kedudukan mereka berdua semakin hampir dan hanya dipisahkan dipisahkan dengan 177 undi.
Mohamed Azmin mendahului dengan mendapat sebanyak 14,020 undi keseluruhan daripada empag negeri tersebut manakala Rafizi memperoleh 13,843 undi.
Memuatkan artikel berkaitan…
Pasukan Muafakat Keadilan yang diketuai oleh Mohamed Azmin semakin terkesan dengan kempen agresif daripada Rafizi bersama kumpulan Reformasi 20 tahun.
Esok pemilihan kepemimpinan PKR bagi penggal 2018 – 2021 akan diadakan di Pahang. – UTUSAN ONLINE











