Dua kereta terbakar di HTAA Kuantan - Utusan Malaysia

Dua kereta terbakar di HTAA Kuantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Dua buah kereta hangus terbakar semasa kejadian di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini pukul 12.42 tengah hari tadi.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Mohd. Sani Harul berkata, kejadian tersebut mengakibatkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi terbakar 100 peratus.

Ujar beliau lagi, sebuah lagi kereta jenis Proton Saga yang diletak di hadapan Perodua Myvi tersebut turut mengalami kebakaran lima peratus semasa kejadian itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kereta berkenaan diletak di kawasan parkir berhampiran HTAA. Tiada kecederaan dilaporkan kerana pemilik kedua-dua kereta tidak berada di dalam kenderaan semasa kejadian,” ujar beliau.

Difahamkan, Perodua Myvi berkenaan merupakan milik seorang kakitangan yang bertugas di hospital tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini